- See more at: http://www.komputerseo.com/2010/12/cara-memasang-gambar-animasi-lucu-di.html#sthash.43MFL56Y.dpuf

Thursday 23 October 2014

kebahagiaan dalam perpisahan...

bertarikh 12 oktober 2014...kami sekeluarga dikejutkan dengan pemergian nenek tersayang. Alhuakbar!!!pemergian nenda tercinta sangat dirasai oleh kami sekeluarga. ini kerana tanpa beliau maka keceriaan di dalam ahli keluarga Geng Nenek Peah tidak akan seceria dahulu lagi. namun kami bersyukur kerana nenda meninggalkan kami dengan keadaan yang cukup tenang. walaupun arwah telah pergi meninggalkan kami sekeluarga untuk selama-lamanya, namun kami redha dan menerimanya dengan hati yang tenang dan ikhlas. kami bersyukur kerana sempat berjumpa dan menatap puas arwah ketika arwah masih ada. kami sekeluarga sentiasa mendoakanmu nenda. semoga ALLAH mencucuri segala rahmat dan kasihNYA ke atas rohmu..aamiinn.
DI SINI KU TITIPKAN SEBUAH NUKILAN DARI SEBUAH SUDUT HATI KECILKU... Kasih Nenda... Rindu padamu tiada berpenghujung.. Cinta dan kasih padamu tiada pernah noktah.. Setiap kenangan bersamamu kekal tersemat di sanubari dan jiwa... Suratan takdir yang telah menentukan dirimu pergi meninggalkan kami... Kami redha akan kepergianmu... Kami terima walaupun ia begitu pedih... Nenda... Sekelumit, seguris sepatah, setiap bait-bait katamu, Setiap nasihatmu sentiasa tersemat di jiwa... Biar dirimu sudah tiada... Kenangan bersamamu tidak akan pernah luput... Kehilanganmu hanyalah sementara... Kerna kewujudanmu di dalam hati kami tidak akan sesekali pernah terpadam... Nenda... Amanlah dikau di alam sana... Kami senantiasa mendoakan kesejahteraanmu... Aamiinn...

No comments:

Post a Comment