- See more at: http://www.komputerseo.com/2010/12/cara-memasang-gambar-animasi-lucu-di.html#sthash.43MFL56Y.dpuf

Saturday 14 March 2015

THE BEST PLANNER...ALLAH NEVER LET U DOWN

for a long time....i take few minutes juz for accept this best plan from HIM...say ALHAMDULILLAH...THANK U ALLAH..

Thursday 23 October 2014

kebahagiaan dalam perpisahan...

bertarikh 12 oktober 2014...kami sekeluarga dikejutkan dengan pemergian nenek tersayang. Alhuakbar!!!pemergian nenda tercinta sangat dirasai oleh kami sekeluarga. ini kerana tanpa beliau maka keceriaan di dalam ahli keluarga Geng Nenek Peah tidak akan seceria dahulu lagi. namun kami bersyukur kerana nenda meninggalkan kami dengan keadaan yang cukup tenang. walaupun arwah telah pergi meninggalkan kami sekeluarga untuk selama-lamanya, namun kami redha dan menerimanya dengan hati yang tenang dan ikhlas. kami bersyukur kerana sempat berjumpa dan menatap puas arwah ketika arwah masih ada. kami sekeluarga sentiasa mendoakanmu nenda. semoga ALLAH mencucuri segala rahmat dan kasihNYA ke atas rohmu..aamiinn.
DI SINI KU TITIPKAN SEBUAH NUKILAN DARI SEBUAH SUDUT HATI KECILKU... Kasih Nenda... Rindu padamu tiada berpenghujung.. Cinta dan kasih padamu tiada pernah noktah.. Setiap kenangan bersamamu kekal tersemat di sanubari dan jiwa... Suratan takdir yang telah menentukan dirimu pergi meninggalkan kami... Kami redha akan kepergianmu... Kami terima walaupun ia begitu pedih... Nenda... Sekelumit, seguris sepatah, setiap bait-bait katamu, Setiap nasihatmu sentiasa tersemat di jiwa... Biar dirimu sudah tiada... Kenangan bersamamu tidak akan pernah luput... Kehilanganmu hanyalah sementara... Kerna kewujudanmu di dalam hati kami tidak akan sesekali pernah terpadam... Nenda... Amanlah dikau di alam sana... Kami senantiasa mendoakan kesejahteraanmu... Aamiinn...

Saturday 14 June 2014

kenangan riang

14 jun 2014 saat manis bersama kawan2 biarpun terdiri daripada bilangan kecil daripada jumlah besar yang sebenarnya. saat suka dan duka pastinya akan silih berganti. sebuah pertemuan akan menemui saat perpisahan. barangkali saat manis itu adalah pengubat kepada segala kepahitan juga dugaan yang bersarang selama tiga tahun di bumi Sabah ini. ku panjatkan syukur kepada Yang Maha Pencipta Segala Makhluk dan Alam kerana di bumi ini aku bisa pelajari sebuah erti kehidupan serta perhubungan yang sangat bernilai untuk dihargai dan dinikmati.jalanilah sahaja rentak araus kehidupan. sememangnya kehidupan ini tidak punya apa-apa untuk dibanggakan. jalani kehidupan tanpa resah gelisah. tiada yang kekal abadi di dunia ini. dunia hanya pentas kehidupan. lakonilah ia dengan sebaik mungkin.